Bantuan awal Ramadan 2025 dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya semasa bulan puasa. Inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat, tetapi juga mendukung semangat persaudaraan dalam kalangan rakyat.

BANTUAN AWAL RAMADAN 2025 (MAIDAM)

Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah melancarkan bantuan ini setiap tahun bagi memastikan bahawa mereka yang layak dapat menerima sokongan yang diperlukan. Bantuan ini diberikan secara one-off, bergantung kepada kelayakan kategori pemohon.

Dengan cara ini, diharapkan nilai kebersamaan dapat dipupuk dan dikongsi sehingga mencapai setiap sudut masyarakat. Perlaksanaan program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan yang kurang berkemampuan.

KADAR BAYARAN BANTUAN RAMADAN

Untuk pengetahuan umum, jumlah bayaran bantuan ini ditentukan mengikut kelayakan dan bilangan tanggungan setiap isi rumah seperti berikut :

  • RM300 : Ketua isi rumah (tunggal / seorang)
  • RM500 : Ketua isi rumah (mempunyai tanggungan 2 – 3 orang)
  • RM700 : Ketua isi rumah (mempunyai lebih 4 orang tanggungan).

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADAN

Kelayakan untuk menerima bantuan ini akan ditentukan berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Mereka yang terpilih akan menerima bantuan yang diharapkan dapat membantu dalam persiapan menyambut Ramadan dengan lebih baik.

Beriktu adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak MAIDAM :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan keatas
  • Berstatus beragama islam sahaja
  • Golongan memerlukan seperti asnaf, fakir, miskin dan mualaf
  • Bukan penerima bantuan bulanan tetap dari mana-mana agensi seperti JKM
  • Menetap di negeri Terengganu (bagi bantuan dibawah MAIDAM).

Secara keseluruhannya, program bantuan awal Ramadan adalah satu inisiatif yang sangat dihargai dalam masyarakat. Dengan keterlibatan MAIDAM, diharapkan lebih ramai golongan yang memerlukan dapat menerima sokongan semasa bulan puasa yang penuh kemuliaan ini.

Untuk semakan status sama ada anda layak atau tidak, anda boleh cek melalui laman rasmi – http://www.espmb.com/maidam_zakat/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Selain MAIDAM, terdapat pelbagai bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan sepanjang bulan Ramadan ini bagi membantu rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Awal Ramadan 2025 : Kelayakan Penerima appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: