Bantuan Am Persekutuan (BA) 2025 adalah inisiatif kerajaan yang dikendalikan di bawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan sokongan kewangan.

Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan kepada individu dan keluarga yang berkelayakan, membantu mereka mengatasi cabaran kewangan yang dihadapi.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN (BA) 2025

Untuk pengetahuan umum bantuan am persekutuan atau (BA) ini adalah salah satu bantuan yang boleh dimohon oleh orang awam selagi menepati kriteria. Bantuan ini diadakan adalah bagi membantu individu dan keluarga khususnya miskin tegar yang tidak menerima bantuan bulanan lain.

Permohonan untuk bantuan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pendaftaran boleh dilakukan sepanjang tahun 2025, menawarkan kemudahan bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Kelayakan termasuk faktor seperti pendapatan isi rumah, status pekerjaan, dan keadaan kewangan semasa. Kadar bantuan yang ditawarkan melalui Bantuan Am Persekutuan adalah antara RM150 hingga RM500 sebulan.

Ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan agar semua rakyat Malaysia, terutamanya yang berada dalam keadaan yang sukar, mendapat sokongan hidup yang diperlukan. Oleh itu, jika anda atau orang terdekat anda memerlukan bantuan, adalah sangat digalakkan untuk membuat permohonan.

Kadar bayaran bantuan yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah ;

  • Minimum RM150 seorang sebulan : Individu
  • Minimum RM500 sebulan : Keluarga

Kepada pemohon yang layak, bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara automatik setiap bulan selama setahun. Pembayaran tahun berikutnya akan disemak dan dikaji semula sama ada masih berkelayakan atau tidak.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Jika anda berminat pendaftaran permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa selagi kuota masih dibuka. Berikut adalah panduan permohonan bantuan dibawah JKM pada tahun ini :

  • Isi borang permohonan bantuan, borang boleh dimuat turun secara online – eBantuan JKM 2025
  • Hadir ke pejabat kebajikan masyarakat berhampiran
  • Serahkan dokumen penting dan sokongan yang diperlukan

Nota : Penilaian dan siasatan setiap permohonan akan melalui proses semakan bagi memastikan pemohon benar-benar layak menerima bantuan. Keputusan permohonan akan dimaklumkan setelah semua prosedur selesai.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan insentif bantuan kewangan telah disediakan pada tahun ini oleh kerajaan MADANI. Sila lihat senarai inisiatif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan Am Persekutuan (BA) 2025 ~ Syarat & Kelayakan appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: