Bantuan am persekutuan 2025 maksimum sehingga RM500 sebulan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan. Program bantuan ini adalah inisiatif kerajaan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelbagai faktor ekonomi dan sosial.
Dengan adanya bantuan ini, diharapkan dapat meringankan beban hidup mereka dan memberi peluang untuk kembali berdiri sendiri.
PROGRAM BANTUAN AM PERSEKUTUAN 2025
Permohonan bagi bantuan am persekutuan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini selagi pendaftaran masih dibuka. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan agensi yang mengendalikan sepenuhnya program bantuan ini.
Pemohon disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan lengkap dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk mempercepatkan proses semakan. Perlaksanaan program inisiatif bantuan bulanan ini adalah bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas.
Bantuan ini diharapkan tidak hanya memberi sokongan kewangan tetapi juga membantu dalam memperkasakan rakyat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Melalui bantuan ini, semua lapisan masyarakat yang layak dapat merasai impak positifnya dalam kehidupan seharian.
KADAR BANTUAN AM PERSKUTUAN & SYARAT MOHON
Jumlah kadar bayaran bantuan bulanan (BA) yang telah telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Minimum RM150 sebulan : Untuk seorang individu
- Maksimum RM500 sebulan : Untuk sebuah keluarga.
Nota : Setiap negeri menawarkan jumlah bayaran bantuan am yang berbeza mengikut kategori penerima. Anda boleh rujuk pada laman rasmi kerajaan negeri masing-masing.
Kepada mereka yang berminat perlu menepati syarat-syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Golongan memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi oleh mana-mana bantuan JKM lain.
Jika berkelayakan dan berminat, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan segera selagi masih dibuka. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBantuan JKM 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan Am Persekutuan 2025 : Sehingga Maksimum RM500 appeared first on Carianterbaru.