Bantuan Aidilfitri MAIK 2025 – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melancarkan inisiatif bantuan kewangan. Perlaksanaan adalah khusus untuk menghadapi perayaan Aidilfitri pada tahun ini.

Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, memastikan mereka turut merasai keceriaan sambutan perayaan tersebut.

PEMBERIAN BANTUAN AIDILFITRI MAIK 2025

Program bantuan Aidilfitri MAIK 2025 menawarkan insentif one-off yang menarik, dengan kadar bayaran yang berbeza-beza bergantung kepada kelayakan kategori. Para pemohon berhak untuk menerima bantuan yang berjumlah antara RM300 hingga RM3,000.

Bantuan kewangan ini diperuntukan daripada hasil kutipan zakat kerajaan negeri dan diberikan kepada mereka yang layak. Antara kategori yang berkelayakan mohon adalah mereka yang berada dalam golongan asnaf.

Ini membolehkan sumbangan yang tepat menyasar kepada mereka yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan sempena musim perayaan ini. Bagi mereka yang ingin memohon, MAIK menyediakan cara yang mudah dan jelas untuk proses permohonan.

Sebaiknya, pastikan anda melawat laman web rasmi MAIK atau menghubungi pejabat mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk mendaftar sebagai pemohon. Sokongan ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan, tetapi juga memperkukuh semangat komuniti dalam meraikan Aidilfitri bersama-sama.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN AIDILFITRI MAIK

Pihak MAIK telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bantuan raya ini, antaranya seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama islam
  • Golongan asnaf dan fakir miskin
  • Bermastautin di Kelantan
  • Bukan penerima bantuan bulanan zakat lain.

Nota : Bantuan khas aidilfitri MAIK ini disediakan khusus kepada rakyat Malaysia yang merupakan penduduk negeri Kelantan.

PANDUAN SEMAKAN & PERMOHONAN BANTUAN MAIK

Berikut adalah panduan cara mohon bantuan :

  1. Layari laman rasmi MAIK – https://eagihan.e-maik.my/
  2. Tekan pada bahagian ‘Bantuan hari raya’
  3. Sila isi maklumat yang diperlukan sehingga lengkap
  4. Semak semula sebelum hantar permohonan
  5. Jika layak anda akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan sepanjang bulan ini untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Aidilfitri MAIK 2025 : Insentif RM300 – RM3,000 appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: