amaran cuacaAmaran RibutCuaca dan Alam SekitarRibuttropical storm

Amaran Ribut Tropika Yinxing – Jabatan Meteorologi

Amaran Ribut Tropika Yinxing yang kuat telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini. Menurut laporan terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), satu notis amaran ribut tropika kuat telah dikeluarkan.

Ribut yang dikenali sebagai Yinxing ini kini bergerak dengan kelajuan angin maksimum sekitar 111 kilometer sejam ke arah barat laut. Lokasi terkini ribut tropika ini berada pada latitud 15.8 utara dan longitud 128.2 timur, yang terletak kira-kira 581 kilometer dari timur laut Filipina.

Jarak dan Kesan Terhadap Malaysia

Amaran Ribut tropika Yinxing ini dijangka tidak akan mendatangkan kesan signifikan terhadap negara Malaysia. Jarak bandar terdekat, iaitu Kudat di Sabah, adalah sekitar 1,580 km ke timur laut daripada lokasi ribut ini.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk tidak panik, tetapi tetap peka kepada perkembangan terkini daripada JMM dan pihak berkuasa berkaitan. Dalam situasi seperti ini, mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini adalah amat penting.

Pihak JMM telah memberi amaran agar orang ramai mengikuti arahan dan petunjuk yang diberikan oleh mereka. Sentiasa rujuk laman web rasmi atau saluran komunikasi rasmi untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai ribut tropika ini.

Untuk orang awam yang ini mengetahui situasi terkini berkenaan keadaan cuaca khususnya dalam negara Malaysia. Semakan secara lebih terperinci boleh dibuat secara dalam talian, untuk rujukan penuh sila ke laman rasmi – https://www.met.gov.my/info/mycuaca/ atau muat turun aplikasi MyCuaca di appstore telefon anda.

The post Amaran Ribut Tropika Yinxing – Jabatan Meteorologi appeared first on Carianterbaru.

Back to top button