amaran cuacaAmaran hujanCuaca dan Kejadian Alam

Amaran Hujan Lebat & Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hari Ini

Amaran Hujan lebat telah dikeluarkan bakal berlaku di beberapa kawasan negeri yang melibatkan berterusan sehingga malam. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan notis amaran mengenai hujan lebat dan ribut petir. Perkara ini bakal berlaku dan yang dijangka melanda beberapa negeri di seluruh negara.

AMARAN HUJAN LEBAT

Perkembangan ini harus dipandang serius, dan penduduk terutamanya di kawasan berisiko harus bersedia untuk menghadapi kemungkinan keadaan cuaca buruk. Menurut laporan terkini, hujan lebat dan ribut petir ini dijangka menghadapi beberapa negeri dari siang hingga malam.

Tempat-tempat yang disebutkan akan terjejas antara lain termasuk kawasan pantai dan dataran rendah. Penduduk yang tinggal di kawasan tersebut dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan, terutama mengenai keselamatan diri dan harta benda.

Pihak METMalaysia melaporkan notis amaran hujan lebat dan ribut petir dikeluarkan bakal berlaku di semua negeri di pantai barat semenanjung Malaysia. Antara negeri yang terlibat dari Perlis hingga Johor.

Untuk maklumat terkini, di negeri Melaka kawasan daerah Merlimau kini sedang berlaku banjir akibat hujan berterusan. Dijangka banyak lagi kawasan akan menghadapi hujan ini dan dinasihatkan supaya penduduk lebih berwaspada.

Kepentingan mematuhi arahan dan nasihat cuaca yang diberikan oleh MetMalaysia tidak boleh dipandang ringan. Dengan adanya amaran ini, orang ramai harus peka dan mengikuti perkembangan terkini, terutamanya bagi mereka yang merancang untuk melakukan aktiviti di luar rumah.

Keselamatan adalah yang terpenting, dan bersiap sedia dengan mengelak kawasan berisiko serta memiliki peralatan keselamatan seperti lampu suluh dan bekalan air yang mencukupi adalah langkah-langkah bijak untuk diambil.

Untuk orang ramai yang ingin ketahui informasi lebih lanjut dan maklumat pantas berkenaan keadaan cuaca, sila layari laman rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia – https://www.met.gov.my/

 

The post Amaran Hujan Lebat & Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hari Ini appeared first on Carianterbaru.

Back to top button