BANTUANBWEJKMWarga Emas

BWE : Program Bantuan RM500 Untuk Golongan Memerlukan

BWE : Program Bantuan RM500 sebulan ditawarkan kepada golongan memerlukan dan berkelayakan pada tahun ini. Seperti dimaklumkan, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.

BWE : PROGRAM BANTUAN RM500 (BULANAN)

Pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program insentif untuk memberi manfaat kepada rakyat. Program BWE atau Bantuan Warga Emas ini masih dibuka kepada rakyat yang berkeperluan.

Untuk makluman umum, pihak JKM adalah merupakan agensi yang mengendalikan sepenuhnya program bantuan istimewa BWE ini. Tujuan utama perlaksanaan insentif bantuan bulanan ini adalah bagi membantu golongan memerlukan mengurangkan beban kos sara hidup pada tahun ini.

Dengan adanya insentif tambahan ini dapat meringankan beban dengan membeli barangan keperluan asas. Secara tidak langsung dapat membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BWE RM500

JKM telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi menyertai program BWE 2024 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di negara ini
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Berumur 60 tahun dan kepada
  • Kategori warga emas / orang tua
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian pihak JKM
  • Tidak menetap di mana-mana pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

Perlaksanaan semua bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – Jadual kesembilan senarai perundangan.

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN BWE 2024

Jika kalian mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BWE JKM (2024)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post BWE : Program Bantuan RM500 Untuk Golongan Memerlukan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button