Tuntutan Bayaran STR – Rakyat Malaysia kini boleh membuat tuntutan bayaran sumbangan tunai Rahmah Fasa 2 di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula hari ini. Langkah ini diambil untuk memastikan semua penerima dapat menikmati manfaat ini secara mudah dan cepat.

Dengan perlaksanaan ini, kerajaan berharap golongan yang layak tidak akan terpinggir dan dapat memperoleh bantuan yang diperlukan.

TUNTUTAN BAYARAN STR FASA 2

Bagi mereka yang tergolong dalam kategori penerima tiada kad bank, penebusan secara tunai adalah pilihan yang tersedia. Ini adalah untuk memudahkan urusan penerima yang mungkin mengalami kesulitan dalam penggunaan kad bank.

Proses tuntutan dibuat lebih mudah supaya semua rakyat yang berkelayakan dapat menerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Untuk makluman umum, perlaksanaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah telah diagihkan bermula sejak 24 Mac 2025.

Pemberian bantuan STR ini telah diawalkan dimana mengikut jadual asal sepatunya dikreditkan pada bulan April 2025. Dengan adanya insentif ini kerajaan berharap dapat membantu penduduk Malaysia membuat persiapan bagi menyambut raya aidilfitri.

Oleh itu, rakyat Malaysia diingatkan untuk tidak melepaskan peluang ini dan segera membuat tuntutan masing-masing. Pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan untuk mempercepatkan proses tuntutan anda di kaunter BSN terdekat.

Bagi penerima mempunyai kad bank, pengkreditan secara terus ke dalam akaun bank telah disalurkan secara berperingkat. Semakan status bayaran STR anda boleh dilakukan melalui laman rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

KADAR BAYARAN STR FASA 2 MENGIKUT KATEGORI

Kementerian Kewangan telah menetapkan kadar jumlah bayaran STR fasa 2 mengikut kategori seperti di bawah :

  • Isi rumah B40 : RM150 – RM650
  • Isi rumah M40 : RM100 – RM300
  • Warga emas : RM150
  • Bujang : RM150

Nota : Baki bayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dikreditkan pada fasa berikutnya iaitu fasa 3 dan fasa 4 dijangka bulan Ogos dan November 2025. Segala maklumat terkini berkenaan STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan masyarakat.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Kerajaan MADANI telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk info selengkapnya.

The post Tuntutan Bayaran STR Di Kaunter BSN Bermula Hari Ini appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: