Bonus Raya 2025 – beberapa buah negeri di Malaysia telah mengumumkan pemberian bonus raya atau bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan menyemarakkan semangat perayaan, memastikan semua penjawat awam dapat menyambut Hari Raya dengan lebih ceria.
PERLAKSANAAN BONUS RAYA 2025
Walaupun bonus raya dijadualkan dibayar kepada semua penjawat awam, kadar pembayaran berbeza mengikut negeri. Kebiasaannya, penjawat awam akan menerima jumlah sebanyak sebulan gaji, dengan minimum RM1,000.
Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memberi pengiktirafan kepada penjawat awam atas sumbangan mereka sepanjang tahun. Pembayaran bantuan khas ini akan dikreditkan bermula minggu hadapan, menyusuli pengumuman rasmi oleh pihak berkuasa negeri.
Pembayaran ini akan dilakukan seminggu sebelum sambutan Hari Raya, membolehkan penjawat awam mempersiapkan diri lebih awal untuk meraikan perayaan. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bonus raya ini merupakan satu langkah positif untuk membantu penjawat awam menghadapi kos perbelanjaan yang meningkat semasa musim perayaan.
KADAR BAYARAN BONUS YANG TELAH DIUMUM
Berikut adalah negeri-negeri yang telah umum pemberian bonus raya tahun 2025 :
- Negeri Perak : RM1,500 dikreditkan kepada sekitar 13,000 penjawat awam
- Negeri Pahang : RM1,000 untuk penjawat awam
- Negeri Pulau Pinang : Minimum 1 bulan gaji atau RM1,000
- Negeri-negeri lain : Pengumuman rasmi akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Segala maklumat terkini berkenaan bonus raya penjawat awam akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Nota : Bayaran bonus raya ini akan disalurkan seminggu sebelum raya atau akhir Mac atau awal April 2025. Untuk lebih informasi sila kunjungi laman rasmi – BELANJAWAN 2025 sebagai rujukan umum masyarakat.
The post Bonus Raya 2025 : Semakan Jumlah Mengikut Negeri appeared first on Carianterbaru.