Bantuan eKasih SARA 2025 – Pemberian bantuan ini merupakan satu bentuk insentif tambahan yang diperkenalkan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban penerima dengan memberikan sokongan kewangan yang perlu dalam menghadapi cabaran semasa.

PEMBERIAN BANTUAN EKASIH SARA 2025

Pihak kerajaan telah memaklumkan perlaksanaan insentif ekasih ini dibawah Belanjawan 2025. Program bantuan ekasih SARA ini akan memberi manfaat kepada sekitar 1 juta penduduk Malaysia.

Untuk makluman, jumlah keseluruhan bayaran bantuan ekasih sara adalah sehingga RM2,100 setahun. Pembayaran bantuan ini akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad dan juga ke dalam akaun bank penerima.

Proses pengkreditan ini adalah dirancang untuk memastikan setiap penerima mendapat bantuan ini dengan mudah dan efisien. Penerima bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) kini mempunyai kemudahan untuk menyemak status mereka sepanjang tahun ini.

Ini memudahkan penerima untuk mendapatkan maklumat terkini tentang bantuan yang mereka layak terima. Melalui semakan ini, penerima dapat memastikan bahawa mereka tidak terlepas daripada mendapat insentif yang telah ditawarkan.

KADAR BANTUAN EKASIH 2025 MENGIKUT KATEGORI

Bagi pengetahuan umum, jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini telah dinaikkan sehingga RM2,100. Berikut adalah kadar pecahan jumlah bayaran bantuan mengikut kelayakan setiap kategori :

  • Isi rumah miskin & miskin tegar : RM2,100 setahun
  • Warga emas tiada pasangan miskin & miskin tegar : RM1,650 setahun
  • Bujang miskin & miskin tegar : RM600 setahun
  • Isi rumah B40 : RM900
  • Warga emas B40 : RM450.

Nota : Pengkreditan ke dalam mykad telah mula disalurkan setiap bulan kepada penerima STR berstatus miskin dan miskin tegar. Manakala untuk penerima STR B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada tarikh yang akan dimaklumkan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA EKASIH 2025

Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini, semakan status penerima ekasih boleh dibuat secara dalam talian. Untuk cek sama ada anda layak atau tidak, sila kunjungi laman rasmi – MySARA 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pelbagai jenis program inisiatif berbentuk bantuan kewngan telah disediakan oleh kerajaan MADANI sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan eKasih SARA 2025 : Semakan Status Penerima appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: