Jadual pembayaran bantuan ewallet (SARA) fasa ketiga akan mula disalurkan pada bulan Mac ini seluruh Malaysia. Dalam usaha untuk meringankan beban rakyat, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan bantuan ewallet Sumbangan Asas Rahmah 2025.
Inisiatif ini merupakan salah satu cara untuk membantu golongan B40, miskin, dan miskin tegar yang layak menerima bantuan ini.
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN EWALLET 2025
Kepada mereka yang terlepas pandang, jadual bayaran MyKasih SARA atau bantuan ewallet ini dikreditkan setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2025. Bantuan ini akan dilaksanakan dalam bentuk ewallet, di mana kredit akan dikreditkan terus ke dalam mykad penerima.
Bayaran fasa berikutnya akan dikreditkan pada pertengahan bulan Mac ini.
Kadar bayaran bantuan ini secara bulanan adalah RM50, RM100 dan RM200. Jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan setiap penerima STR.
Proses ini bertujuan memastikan bahawa bantuan dapat disampaikan dengan cepat dan efisien kepada mereka yang memerlukan. Para penerima yang layak adalah individu yang merupakan penerima sumbangan tunai rahmah (STR) 2025.
Pemberian bantuan ewallet ini dijadualkan untuk dikreditkan setiap bulan sepanjang tahun ini. Untuk makluman umum, penerima manfaat dikehendaki untuk memastikan bahawa mereka memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan sebelum menerima bantuan ini.
Sebagai tambahan, maklumat lanjut berkenaan jadual pembayaran akan diumumkan melalui saluran rasmi kerajaan. Kepada penerima yang layak, amaun yang dikreditkan setiap bulan boleh dibelanjakan di mana-mana pasaraya berdaftar seluruh negara.
Antara barang-barang yang boleh dibeli menggunakan bantuan ewallet SARA adalah seperti :
- Roti
- Telur
- Kicap
- Beras
- Minyak masak
- Mi segera
- Tepung
- Biskut
- Makanan dan minuman dalam tin
- Bahan perasa & herba
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Dan lain-lain yang berkaitan barangan keperluan asas.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET 2025
Sekiranya anda merupakan rakyat Malaysia dan salah seorang penerima STR pada tahun ini, semakan status kelayakan SARA boleh dilakukan secara online. Untuk cek status dan butiran lengkap, sila ke laman rasmi – MYKASIH SARA
Nota : Jika layak, nama dan jumlah bayaran akan dipaparkan pada skrin anda semasa semakan dilakukan.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat B40. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Jadual Pembayaran Bantuan Ewallet Fasa Ketiga – Mac 2025 appeared first on Carianterbaru.