Bantuan awal Ramadan 2025 akan mula dilaksanakan tidak lama lagi dan inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada rakyat yang layak. Perlaksanaan program bantuan ini diberikan khusus kepada mereka yang terjejas sempena bulan suci Ramadan.

Kerajaan menerusi pihak MAIDAM telah mengumumkan pelaksanaan insentif ini sebagai langkah untuk meringankan beban rakyat.

BANTUAN AWAL RAMADAN 2025

Untuk meringankan beban kewangan golongan memerlukan sepanjang bulan Ramadan, pelbagai insentif bantuan telah disediakan. Sempena bulan Ramadan tahun ini, pihak MAIDAM telah memperuntukan sebanyak RM15.4 juta yang akan diagihkan kepada 28 ribu penerima bantuan.

Antara kategori yang berkelayakan untuk menerima bantuan ini adalah golongan asnaf, ibu tunggal, fakir miskin, dan orang kelainan upaya. Pemberian bantuan ini adalah untuk memastikan golongan yang memerlukan dapat berhari raya dengan lebih selesa dan tenang. Dengan adanya sokongan ini, diharapkan masyarakat akan merasai kehadiran Ramadan dengan penuh makna.

SYARAT KELAYAKAN & DAFTAR BANTUAN AWAM RAMADAN

Untuk mendapatkan bantuan awal Ramadan, pemohon dinasihatkan untuk mengikuti proses yang telah ditetapkan oleh pihak berkaitan. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian atau dengan mengunjungi pejabat MAIDAM.

Pastikan semua dokumen sokongan disediakan untuk memudahkan urusan permohonan. Bantuan ini adalah langkah positif dalam memastikan tiada individu yang terpinggir semasa bulan yang penuh keberkatan ini.

Antara kriteria syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia yang beragama islam sahaja
  • Tergolong dalam kategori asnaf seperti mualaf, fakir miskin atau golongan terjejas
  • Pemohon bukan penerima bantuan bulanan dari mana-mana agensi lain
  • Bermastautin di negeri Terengganu (bagi penerima bantuan MAIDAM).

Berikut adalah senarai bantuan-bantuan yang disediakan pada bulan Ramadan :

  • Bakul makanan
  • Bantuan kewangan
  • Bantuan Zakat
  • Sumbangan khas
  • Bonus untuk penjawat awam.

Jika anda merupakan golongan yang memerlukan, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan selagi menepati syarat kelayakan. Untuk panduan lengkap dan cara mohon, sila kunjungi laman rasmi – https://www.maidam.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan Awal Ramadan 2025 : Syarat Kelayakan appeared first on Carianterbaru.