BANTUANSTR 2025

STR 2025 Kategori Keluarga : Syarat & Jumlah Bayaran Bantuan

STR 2025 Kategori Keluarga – Seperti yang sedia maklum, inisiatif sumbangan tunai rahmah (STR) telah diumumkan diteruskan pada tahun ini. Program ini merupakan suatu langkah penting untuk membantu golongan berkeluarga yang memerlukan sokongan kewangan dalam menghadapi cabaran hidup.

Diumumkan oleh Kementerian Kewangan semasa sidang belanjawan 2025, inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan isi rumah.

INFO STR 2025 KATEGORI KELUARGA

Kepada yang tidak tahu, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini akan mula dikreditkan secara berperingkat. Bantuan akan disalurkan secara kredit ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN.

Pembayaran fasa pertama STR akan dilancarkan selewat-lewatnya April 2025 dan tarikh akan dikemaskini selepas pengumumkan dari kerajaan. Untuk kategori berkeluarga atau yang berstatus berkahwin, kadar bayaran STR adalah sehingga RM4,600.

Jumlah ini termasuk pembayaran SARA, dan ia ditentukan berdasarkan kelayakan pendapatan serta bilangan anak dalam sesebuah keluarga. Ini adalah untuk memastikan bantuan yang diberikan dapat memberi impak positif kepada mereka yang paling memerlukan.

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan STR, proses permohonan perlu dilakukan melalui saluran yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan. Sila pastikan semua dokumen sokongan disediakan untuk mengelakkan sebarang kelewatan.

Pemberian bantuan ini dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan semua yang layak dapat menerima manfaat daripadanya. Bagi penerima STR kategori bujang yang telah mendirikan rumah tangga, kemaskini status kepada isi rumah boleh ditukar.

SYARAT KELAYAKAN STR 2025 KATEGORI KELUARGA

Kalian layak menerima bayaran STR tahun ini bagi kategori keluarga jika menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Berkahwin
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000
  • Ibu atau bapa tunggal / janda / balu / duda / yang mempunyai tanggungan anak yang menepati syarat
  • Warganegara Malaysia.

SEMAKAN BAYARAN STR 2025

Sebarang permohonan dan kemaskini maklumat STR boleh dibuat sepanjang tahun ini secara 2 kaedah seperti berikut :

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Selain STR, terdapat banyak lagi program, kemudahan dan inisiatif bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk anda mohon – SEMAKN DISINI sebagai rujukan umum.

The post STR 2025 Kategori Keluarga : Syarat & Jumlah Bayaran Bantuan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button