Semakan MySARA 2025 : Pemberian inisiatif ini akan mula disalurkan pada 15 Januari ini secara berperingkat kepada penerima yang layak. Program ini bertujuan untuk membantu golongan B40 dan miskin tegar dalam menangani cabaran kewangan.
Insentif ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang tertinggal dalam menikmati kemakmuran negara.
SEMAKAN MYSARA 2025
Bantuan tambahan melalui insentif sumbangan asas Rahmah merupakan pelengkap kepada program STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang telah diperkenalkan. Dengan kadar bayaran yang ditawarkan antara RM150 hingga RM1,200, bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh penerima.
Untuk makluman umum, rakyat Malaysia kini boleh melakukan semakan status bagi menentukan sama ada mereka layak menerima bantuan ini. Prosedur semakan layak atau tidak bagi bantuan Mysara ini boleh diakses melalui laman web rasmi yang disediakan.
Para penerima dinasihatkan untuk menyemak status mereka secepat mungkin bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk menikmati bantuan ini. Kerajaan komited dalam memastikan bahawa setiap individu dalam kategori B40 dan miskin tegar menerima bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
KATEGORI PENERIMA MYSARA 2025
Berikut adalah jumlah bayaran bantuan SARA mengikut kategori penerima :
- RM1,200 setahun : Kategori isi rumah & warga emas berstatus miskin tegar (RM100 sebulan)
- RM600 setahun : Kategori bujang berstatus miskin tegar (RM50 sebulan)
- RM300 setahun : Kategori isi rumah B40 (bantuan one-off)
- RM150 : Kategori bujang & warga emas B40 (bantuan one-off).
JADUAN BAYARAN MYSARA 2025 MENGIKUT FASA
Seperti yang telah dimaklumkan, pembayaran MySARA bagi kategori miskin dan miskin tegar akan disalurkan secara berperingkat (bulanan). Bayaran dikreditkan bermula Januari 2025 sehingga Disember 2025 pada kadar RM50 dan RM100 sebulan.
Manakala bagi kategori B40, bayaran bantuan akan dikreditkan secara one-off/ sekali bayar pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Kepada penerima STR, anda boleh membuat semakan status secara dalam talian melalui laman web rasmi – MyKasih 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Semakan MySARA 2025 : Bantuan Dikreditkan 15 Januari appeared first on Carianterbaru.