Inisiatif Bantuan Kewangan Pelajar IPT Negeri Sembilan
Inisiatif Bantuan Kewangan Pelajar – Kerajaan Negeri Sembilan telah melancarkan inisiatif baharu bagi sesi tahun ini. Program ini memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk sesi tahun 2025.
Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar dan memastikan pendidikan dapat diakses tanpa mengira latar belakang ekonomi yang berbeza.
PROGRAM INISIATIF BANTUAN KEWANGAN PELAJAR
Bantuan kewangan yang ditawarkan dalam inisiatif ini adalah antara RM500 hingga RM1,500. Jumlah bantuan akan ditentukan berdasarkan kelayakan pemohon, yang merangkumi kategori dan peringkat pendidikan yang ada.
Permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh tahun pertama pengajian dan pendapatan keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Ini bermakna, pelajar dalam pelbagai program pendidikan dan situasi kewangan berbeza akan menerima sokongan yang sesuai dengan keperluan mereka. Berikut adalah kadar bantuan mengikut setiap kategori peringkat ;
- RM500 : Peringkat sijil / matrikulasi / asasi
- RM750 : Peringkat diploma
- RM1,000 : Peringkat Diploma (STEM) / Ijazah / sarjana / PHD
- RM1,500 : Peringkat ijazah (STEM).
PENDAFTARAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR IPT DIBUKA
Untuk makluman, pendaftaran permohonan kini dibuka kepada semua pelajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Pelajar yang bercadang untuk memanfaatkan inisiatif bantuan kewangan ini digalakkan untuk mendaftar secepat mungkin agar tidak terlepas peluang.
Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan proses pendaftaran boleh didapati melalui laman sesawang rasmi kerajaan negeri. Dengan adanya inisiatif ini, diharapkan pendidikan tinggi akan lebih mampu dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
PANDUAN DAFTAR :
- Sila layari laman portal rasmi – N9 DIGITAL
- Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan selengkapnya
- Sila sertakan salinan kad pengenalan dan dokumen sokongan yang diperlukan
- Proses permohonan selesai.
Kepada pemohon juga boleh hadir ke pusat khidmat rakyat (DUN) di setiap kawasan yang berkaitan untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan bantuan ini.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Sepanjang tahun ini kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif dan bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Inisiatif Bantuan Kewangan Pelajar IPT Negeri Sembilan appeared first on Carianterbaru.