Bantuan Kanak-Kanak 2025 ; RM150 Hingga RM1,000 Sebulan
Bantuan Kanak-Kanak 2025 ; Kerajaan telah mengumumkan bahawa Program Bantuan Kanak-Kanak (BKK) akan diteruskan bagi sesi tahun ini. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup golongan memerlukan, dengan memberi sokongan kewangan kepada keluarga yang layak.
INSENTIF BANTUAN KANAK-KANAK 2025
Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bersetuju untuk melaksanakan program bantuan kewangan untuk kanak-kanak. Program BKK ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga yang kurang berkemampuan.
Kadar bayaran bantuan yang ditawarkan melalui Program BKK adalah antara RM150 seorang sebulan hingga maksimum RM1,000 sekeluarga sebulan. Pembayaran ini akan dikreditkan secara bulanan kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Ini adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Dengan adanya Program Bantuan Kanak-Kanak ini, diharapkan dapat memberikan bantuan yang cukup untuk membantu keluarga dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Kepada mereka yang tidak tahun, program khas yang dikendalikan oleh pihak JKM ini telah dilaksanakan setiap tahun. Pemohon yang berkelayakan disarankan untuk mendaftar bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk menerima sokongan ini.
Semoga inisiatif ini memberikan manfaat yang besar kepada golongan yang memerlukan dan membantu memperbaiki taraf hidup mereka.
KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK 2025
Seperti yang telah ditetapkan, berikut adalah kadar bayaran bantuan BKK 2025 mengikut kategori :
- RM200 (bulanan) : Anak berumur 6 tahun dan kebawah
- RM150 (bulanan) : Anak berumur 7 hingga 18 tahun
- RM1,000 (bulanan) : Jumlah maksimum bantuan BKK bagi 1 keluarga.
Dengan adanya insentif bulanan ini dapat menampung pembelanjaan dan menyokong kelangsungan hidup sesebuah keluarga. Jika berkelayakan dan berminat, anda boleh kemukakan pendaftaran permohonan melalui laman rasmi eBantuan JKM atau hadir ke penjabat kebajikan berhampiran kediaman anda.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai program, kemudahan dan inisiatif telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khusus golongan B40 dan memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan selengkapnya.
The post Bantuan Kanak-Kanak 2025 ; RM150 Hingga RM1,000 Sebulan appeared first on Carianterbaru.