BANTUANYKM

Bantuan YKM RM2400 Dikreditkan Secara Bulanan Mulai 2025

Bantuan YKM RM2400 akan dikreditkan secara bulanan kepada pemohon yang layak mulai Januari 2025. Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan bahawa bantuan bulanan akan disalurkan kepada mereka yang layak bermula tahun hadapan.

Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan setiap penerima dapat memanfaatkan bantuan dengan sebaik mungkin. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan taraf hidup penerima.

PROGRAM BANTUAN YKM RM2400

Program insentif khas ini mengalami peningkatan dari RM2,000 kepada RM2,400, menunjukkan komitmen YKM dalam membantu masyarakat. Dengan pengagihan bulanan sebanyak RM200 bermula Januari sehingga Disember 2025.

Dengan itu penerima akan dapat merancang kewangan mereka dengan lebih efektif. Program ini memberi peluang kepada penerima untuk menguruskan perbelanjaan harian mereka dengan lebih terancang dan berkesan.

Perlaksanaan inisiatif bantuan Yayasan Keluarga Malaysia ini, diharapkan akan ada perubahan yang positif dalam kehidupan mereka yang menerima bantuan. Penyaluran bantuan secara bulanan ini tidak hanya memberikan sokongan kewangan, tetapi juga membina keyakinan dalam masyarakat untuk terus berusaha menghadapi cabaran.

Pihak YKM berharap dengan bantuan ini, penerima akan lebih berdaya saing dan mampu mengubah nasib mereka untuk masa depan yang lebih cerah. Seramai 48 penerima daripada 21 keluarga telah mendapatkan bantuan YKM sejak dilancarkan pada 2022.

Sehingga hari ini, sebanyak 890 permohonan baharu telah didaftarkan yang diterima dari seluruh negara. Semakan secara telus akan dilakukan dan mereka yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan akan diluluskan.

PELBAGAI BANTUAN DITAWARKAN YKM

Untuk makluman kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan khusus kepada para pelajar. Yayasan Keluarga Malaysia menyeru kepada mereka yang berkelayakan untuk memohon bantuan yang ditawarkan secara percuma.

Butiran lengkap dan panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi Yayasan Keluarga Malaysia – YKM

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Sepanjang tahun 2025, kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif bantuan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan YKM RM2400 Dikreditkan Secara Bulanan Mulai 2025 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button