Pendidikan dan LatihanPLKNProgram Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 : Syarat Kelayakan

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijangka akan dilaksanakan semula pada tahun 2025 seluruh Malaysia. Peruntukan sebanyak RM50 juta disediakan oleh kerajaan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program kerangka PLKN 3.0 ini.

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi manfaat kepada peserta dengan membekalkan mereka kemahiran dan pengetahuan berdasarkan modul yang telah dirancang dengan teliti. PLKN 3.0 akan mengandungi pelbagai modul yang mencakup aspek fizikal, mental, khidmat komuniti, bina karakter dan kenegaraan.

Aktiviti yang ditawarkan termasuk kawad kaki, latihan ketahanan diri, dan pengenalan kepada senjata api. Ini bertujuan untuk melatih para peserta dengan kemahiran yang berguna dan membina kepimpinan mereka untuk masa depan.

Program ini terakhir dilaksanakan pada tahun 2016 sebelum dihentikan pada tahun 2018. Keputusan untuk mengembalikan PLKN adalah untuk mempersiapkan generasi muda dalam menghadapi cabaran yang lebih kompleks.

Melalui latihan asas ketenteraan dalam PLKN, peserta akan dibimbing untuk menjadi warga negara yang bertanggungjawab dan berintegriti. Pihak kerajaan berharap program ini dapat melahirkan individu yang bukan sahaja cergas dari segi fizikal, tetapi juga mental dan sosial.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM KHIDMAT (PLKN)

Syarat utama kelayakan untuk menyertai program latihan khas PLKN ini adalah seperti berikut :

  • Calon merupakan warganegara Malaysia
  • Fasa latihan asas PLKN – Remaja berumur 17 tahun dan keatas yang terpilih akan menyertai latihan di 13 kem askar wataniah termasuk di 20 Universiti awam
  • Fasa latihan Pra PLKN – Peringkat sekolah, pelajar yang aktif dalam kokurikulum akan terlibat
  • Fasa peringkat latihan lanjutan – Calon berumur 35 tahun dan kebawah (program ini akan dimaklumkan pada tarikh yang akan diumumkan).

SEMAKAN & PENDAFTARAN PROGRAM LATIHAN 

Untuk makluman umum, semakan nama peserta masih belum dibuka oleh pihak kerajaan bagi program ini. Namun pendaftaran latihan percubaan akan dibuka pada 12 Januari 2025 kepada calon berumur 18 – 20 tahun.

Untuk semakan selengkapnya berkenaan program latihan khidmat negara 3.0 ini, sila layari laman portal rasmi – PLKN 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pelbagai program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat sepanjang tahun 2025. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk disertai – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 : Syarat Kelayakan appeared first on Carianterbaru.

Back to top button