BANTUANPendidikanYayasan Bank Rakyat

Bantuan Yayasan Bank Rakyat One-off Untuk Pelajar B40

Bantuan Yayasan Bank Rakyat adalah sebuah inisiatif persekolahan untuk menyokong pelajar dari golongan B40. Pada hari ini, sumbangan bantuan ‘one-off’ telah diberikan kepada 500 pelajar di kawasan Papar.

BANTUAN YAYASAN BANK RAKYAT

Untuk makluman umum, program ini melibatkan kerjasama antara Yayasan Jiwa Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Papar. Datuk Rosnah Abdul Rashid, Pengerusi Yayasan Jiwa Malaysia, telah mengumumkan bahawa sebanyak 40 buah sekolah rendah dan menengah terlibat dalam inisiatif ini.

Setiap murid dan pelajar yang terlibat akan menerima bantuan berjumlah RM100 secara ‘one-off’. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan bagi menyediakan keperluan persekolahan mereka.

Inisiatif bantuan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan ibubapa tetapi juga menunjukkan komitmen pihak yayasan dalam memberi perhatian kepada pendidikan. Dengan bantuan ini, diharapkan pelajar-pelajar dapat memanfaatkan sumbangan tersebut untuk mempersiapkan keperluan sekolah dan mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Ini merupakan satu langkah positif dalam menyokong pendidikan di Malaysia, terutamanya bagi mereka yang memerlukan. Dengan adanya perlaksanaan sumbangan khas ini dapat membantu para pelajar di kawasan Papar Sabah.

Pihak Yayasan Jiwa Malaysia turut menyeru para penaja dan badan korporat lain untuk berkolaborasi bersama-sama demi membantu mereka yang memerlukan. Pendidikan sangat penting bagi setiap pelajar dan dengan adanya pelbagai inisiatif dapat membantu menyokong keperluan mereka.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan pelbagai jenis bantuan dan biasiswa berkenaan dengan pelajar. Untuk butiran lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi – KPM (BIASISWA) untuk rujukan selengkapnya.

The post Bantuan Yayasan Bank Rakyat One-off Untuk Pelajar B40 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button