B40BANTUANSTR Tambahan

Bantuan Tambahan STR B40 RM300 Dikreditkan 9 Disember Ini

Bantuan Tambahan STR B40 – Pembayaran insentif untuk kategori B40 yang berjumlah RM150 dan RM300 akan disalurkan pada 9 Disember ini. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa inisiatif sumbangan asas rahmah (SARA) akan dilaksanakan pada bulan ini.

BANTUAN TAMBAHAN STR B40

Ini adalah langkah penting dalam memastikan golongan B40 mendapat bantuan yang diperlukan, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Orang ramai yang merupakan penerima bantuan STR dan berstatus B40 kini boleh membuat semakan untuk mengetahui kelayakan mereka.

Semakan ini adalah penting bagi memastikan setiap individu yang layak menerima bantuan khas tersebut tidak terlepas peluang. Proses semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi kerajaan, yang menyediakan maklumat terkini mengenai status permohonan.

Bantuan ini akan disalurkan secara one-off, iaitu sekali bayar, kepada yang layak. Pendekatan ini diambil bagi memastikan penerima dapat memperoleh bantuan dengan segera dan tidak perlu mengharapkan pembayaran berulang.

Dengan adanya bantuan ini, diharapkan ianya dapat meringankan beban hidup rakyat yang terjejas akibat pelbagai faktor. Sebelum ini inisiatif ini telah salurkan kepada golongan miskin dan miskin tegar, kali ini bantuan akan disalurkan kepada golongan B40 sahaja.

KATEGORI PENERIMA & KADAR BANTUAN STR TAMBAHAN

Bayaran bantuan tambahan ini akan diagihkan kepada kategori isi rumah pada kadar RM300. Manakala kategori bujang dan warga emas akan menerima bayaran berjumlah RM150.

Kaedah pembayaran adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank masing-masing. Bagi penerima tiada kad bank, tebus secara tunai boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional bermula 9 Disember 2024.

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN B40

Jika anda merupakan salah seorang penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini, semakan status boleh dibuat segera. Untuk butiran penuh dan semakan status, sila layari laman portal rasmi – MyKasih SARA

Nota : Ini merupakan pembayaran akhir bagi sesi 2024, bantuan akan diteruskan pada tahun hadapan pada kadar yang baharu.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Selain itu terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai inisiatif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Bantuan Tambahan STR B40 RM300 Dikreditkan 9 Disember Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button