Semakan Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan untuk Pesara
Semakan tarikh pembayaran pencen bulanan untuk pesara adalah isu yang penting dan sentiasa menjadi tumpuan ramai. Untuk makluman semua, pembayaran pencen bulan ini akan bermula pada 21 November 2024.
Anda boleh menyemak tarikh pembayaran pencen bulanan anda melalui halaman yang disediakan khusus untuk tujuan ini.
SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN PENCEN BULANAN
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa penyelarasan kadar pencen akan dilaksanakan berdasarkan gaji akhir pesara sebelum bersara. Ini bertujuan supaya pesara menerima manfaat yang lebih adil dan berpatutan. Pelarasan kadar pencen ini dijadualkan akan berkuat kuasa mulai Disember 2024 untuk semua pesara di negara ini.
Adalah penting bagi setiap pesara untuk sentiasa peka dengan maklumat terkini mengenai pembayaran dan penyelarasan kadar pencen. Sebarang perubahan berkenaan mungkin mempengaruhi jumlah pencen yang diterima.
Oleh itu, pastikan anda sentiasa melawat halaman semakan tarikh pembayaran pencen bulanan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat dan terkini. Ini akan membantu pesara dalam merancang kewangan mereka dengan lebih baik.
Tarikh bayaran pencen bagi sesi tahun 2024 adalah seperti berikut :
- Januari 2024 – Bermula 19 Januari (Jumaat)
- Februari 2024 – Bermula 21 Februari (Rabu)
- Mac 2024 – Bermula 21 Mac (Khamis)
- April 2024 – Bermula 19 April (Jumaat)
- Mei 2024 – Bermula 17 Mei (Jumaat)
- Jun 2024 – Bermula 12 Jun (Rabu)
- Julai 2024 – Bermula 17 Julai (Rabu)
- Ogos 2024 – Bermula 21 Ogos (Rabu)
- September 2024 – Bermula 20 September (Jumaat)
- November 2024 – Bermula 21 November (Khamis)
- Disember 2024 – Bermula 18 Disember (Rabu)
Nota : Tarikh bayaran diatas telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi memastikan pembayaran disalurkan tepat pada waktu. Untuk sesi 2025, tarikh akan dimaklumkan sebelum pembayaran.
Untuk membuat semakan penyata pencen, pesara boleh lakukan secara online melalui laman rasmi JPA Pencen – https://www.jpapencen.gov.my/ atau lebih mudah melalui aplikasi MyPesara yang boleh dimuat turun di apps store telefon masing-masing.
The post Semakan Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan untuk Pesara appeared first on Carianterbaru.