BANTUANBSHJHEVKewangan dan Bantuan KerajaanSara Hidup

Inisiatif Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 November Ini

Inisiatif Bantuan Sara Hidup atau BSH merupakan program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Dengan tujuan memberikan sokongan kepada golongan veteran tentera yang terjejas, program ini menawarkan bantuan kewangan yang bersifat menyeluruh.

INISIATIF BANTUAN SARA HIDUP

Setiap bulan, pemohon yang layak akan menerima insentif berjumlah RM300 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka. Pada bulan November ini, bantuan ini telah disalurkan kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan.

Melalui program ini, kerajaan berharap dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh veteran tentera. Dalam pelaksanaan BSH, kerajaan telah mengumumkan bahawa kadar bayaran bantuan ini akan dinaikkan kepada RM500 pada tahun hadapan.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Kementerian Kewangan semasa Sidang Belanjawan 2025, dan ia menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu veteran. Permohonan untuk bantuan ini boleh dikemukakan sepanjang tahun, dan mereka yang memenuhi kriteria kelayakan dialu-alukan untuk memohon.

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah terbuka kepada warga negara Malaysia sahaja. Pemohon merupakan bekas anggota tetap angkatan tentera Malaysia dan berumur 60 tahun keatas.

Mereka yang tidak diberhentikan atas kesalahan tartatertib dan pendapatan dibawah PGK layak memohon. Bagi kategori balu yang telah berkahwin semula tidak layak untuk mohon bantuan sara hidup JHEV ini.

Untuk panduan permohonan dan maklumat terperinci berkenaan Bantuan Sara Hidup ini, sila layari laman portal rasmi – BSH (JHEV) untuk info selengkapnya.

The post Inisiatif Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 November Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button