Bantuan MySTR Fasa Akhir akan mula dikreditkan pada awal bulan hadapan secara berperingkat mengikut kategori. Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa tarikh bayaran bagi pemberian sumbangan tunai Rahmah fasa akhir akan mula diagihkan pada 7 November 2024.
Ini adalah berita baik bagi semua penerima yang telah menantikan bantuan ini.
BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA AKHIR
Untuk makluman umum, semua kategori akan terlibat dalam menerima pembayaran MySTR fasa keempat nanti. Kategori penerima ini merangkumi pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan sokongan kewangan dalam tempoh yang mencabar ini.
Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat dalam memastikan kesejahteraan mereka. Peruntukan bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia.
Dengan jumlah penerima yang begitu besar, diharapkan bantuan tunai ini dapat meringankan beban kewangan dan membantu memperbaiki taraf hidup mereka. Kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap bantuan yang disalurkan dapat memberi impak positif kepada kehidupan rakyat.
KADAR BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA AKHIR
Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran berbeza mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Berikut adalah jumlah yang akan dibayar kepada penerima mengikut kategori :
BUJANG
- RM100
ISI RUMAH
- RM100 – RM700
WARGA EMAS
- RM150
Diatas adalah kadar bayaran bagi penerima sedia ada STR yang telah menerima bayaran dari fasa 1 sehingga fasa 3. Bagi penerima baharu, kadar lain akan dimaklumkan sebelum tarikh pembayaran nanti.
SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR
Kepada anda yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, semakan status bayaran setiap fasa boleh dibuat secara online. Untuk rujukan, kemaskini maklumat dan semakan status, sila layari laman portal rasmi – MySTR 2024.
The post Bantuan MySTR Fasa Akhir Dikreditkan 7 November Ini appeared first on Carianterbaru.