awal persekolahanAwal PesekolahanBANTUANBAPPendidikan

BAP : Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2025 Diteruskan

BAP : Bantuan Awal Persekolahan akan diteruskan pada tahun hadapan, hal ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa sidang belanjawan 2025. Skim ini adalah inisiatif penting yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga dan memberikan manfaat kepada para pelajar di Malaysia.

BAP : BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Untuk makluman umum, Program BAP akan menyediakan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi sesi 2025. Ini merupakan langkah signifikan untuk memastikan sekurang-kurangnya 5.2 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 dapat menerima bantuan ini.

Dengan adanya peruntukan ini, diharapkan pelajar dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran mereka tanpa terbeban oleh isu kewangan keluarga. BAP bukan sahaja membantu pelajar dari segi kewangan, tetapi juga menjadi pemangkin kepada pendidikan yang lebih baik.

Dengan bantuan ini, keluarga akan mampu menyediakan kelengkapan dan sumber yang diperlukan untuk anak-anak mereka bersekolah. Inisiatif ini diharapkan dapat memacu pencapaian akademik yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia, sekaligus menyokong pembangunan modal insan yang mampan.

Bukan itu sahaja, peruntukan bagi bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di kantin sekolah juga akan dinaikkan kepada RM870 juta. Ini merupakan sebahagian daripada 17 bantuan pendidikan yang akan dilaksanakan pada tahun 2025.

Mereka yang menerima insentif bantuan ini pada tahun ini akan menerima pada tahun hadapan pada kadar yang ditetapkan. Untuk ketahui lebih info sila kunjungi laman rasmi kerajaan – BELANJAWAN 2025 untuk maklumat lengkap.

The post BAP : Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2025 Diteruskan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button