AsasiBANTUANPendidikan

Program Bantuan Kewangan Asasi – Panduan Penuh

Program bantuan kewangan asasi diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membantu pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi. Sejak pelaksanaan pertama program ini pada tahun 2005, ia telah menjadi sokongan penting kepada pelajar dari golongan sasar B40 dan M40.

PROGRAM BANTUAN KEWANGAN ASASI

Pihak kerajaan telah menyediakan sebuah bantuan pembiayaan tanpa perlu membayar balik kepada para pelajar yang memerlukan.  Pembiayaan bantuan khas ini ditujukan khusus kepada pelajar yang datang dari latar belakang keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM10,000.

Dengan syarat ini, program tersebut berfungsi untuk menyokong pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian peringkat asasi mereka. Antara kriteria kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di peringkat Universiti Awam (UA)
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10,000 sebulan
  • Syarat kelayakan masuk lulus SPM atau setaraf dengannya
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Program yang berbentuk bantuan sokongan kewangan ini adalah amat penting untuk memastikan pelajar daripada golongan sasar dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran tanpa dibebani oleh masalah kewangan. Bantuan ini bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga, tetapi juga berpotensi meningkatkan kadar pendidikan dan kualiti sumber manusia di Malaysia.

Tempat pengajian :

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Teknologi Mara (UITM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • UNiSZA dan UIAM
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

PENDAFTARAN BANTUAN ASASI

Kepada yang berminat, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan selagi menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Panduan lengkap permohonan boleh disemak di laman rasmi kerajaan – ASASI (KPM)

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan bantuan asasi ini, anda boleh hubungi talian khas Bahagian biasiswa KPT di – 03 8888 1616.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Program Bantuan Kewangan Asasi – Panduan Penuh appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button