Insentif Bantuan Suri Rumah RM300 Setahun Melalui i-Suri KWSP
Insentif bantuan suri rumah RM300 setahun boleh didapatkan melalui kemudahan i-suri KWSP yang disediakan kepada orang awam. Perlaksanaan program khas ini adalah bertujuan membantu golongan suri rumah dan ibu tunggal.
Program i-Suri KWSP merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu suri rumah dengan memberikan insentif bantuan RM300 setahun. Program ini direka untuk memperkukuhkan kesejahteraan kewangan suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Melalui program ini, suri rumah mempunyai peluang untuk menabung dan mendapat perlindungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Insentif Bantuan Suri Rumah
Dengan menyertai program i-Suri KWSP, suri rumah dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk simpanan hari tua, perlindungan insurans serta faedah pencen. Insentif ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan tetapi juga mengiktiraf sumbangan besar suri rumah kepada keluarga dan masyarakat. Melalui penabungan yang konsisten, suri rumah boleh menikmati kehidupan yang lebih terjamin pada masa hadapan.
Berikut adalah manfaat dalam kemudahan i-suri KWSP :
- Menerima insentif khas sehingga maksimum RM300 dalam tahun semasa
- Menikmati dividen tahunan
- Layak dapatkan bantuan khairat kematian (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
- Pelepasan cukai (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP).
Syarat Kelayakan Insentif Suri Rumah (I-SURI)
Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Merupakan ahli KWSP
- Berumur 55 tahun dan ke bawah
- Golongan suri rumah berdaftar dalam data ekasih.
Panduan Daftar Insentif I-SURI KWSP
Untuk menyertai program i-Suri KWSP dan menerima insentif RM300 setahun, suri rumah perlu mendaftarkan diri mereka melalui KWSP. Proses pendaftaran agak mudah dan hanya memerlukan maklumat asas peribadi serta keahlian di dalam institusi keluarga yang berdaftar.
Setelah pendaftaran selesai, suri rumah perlu membuat caruman minima sebanyak RM5 sebulan untuk menikmati insentif yang ditawarkan. Untuk rujukan lengkap dan panduan, sila layari laman portal rasmi – i-Suri KWSP
Maklumat Lanjut
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.
The post Insentif Bantuan Suri Rumah RM300 Setahun Melalui i-Suri KWSP appeared first on Carianterbaru.