BANTUANMySARASenarai Penerima

Senarai Penerima Bantuan MySARA RM150, RM300, RM600 & RM1,200

Senarai Penerima Bantuan MySARA RM150, RM300, RM600 & RM1,200 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan. Untuk sedia maklum pemberian insentif tambahan ini adalah merupakan lanjutan daripada program STR 2024.

SENARAI PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024

Kepada yang tidak tahu, pada tahun ini penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkelayakan menerima insentif tambahan MySARA. Pemberian Sumbangan Asas Rahmah ini adalah sebagai bantuan tambahan kepada rakyat.

Bantuan khas ini diberikan dalam bentuk ewallet dan digunakan tanpa tunai menggunakan mykad. Sekitar 700,000 penduduk Malaysia layak menerima insentif ini secara automatik tanpa perlu kemukakan permohonan.

Berikut adalah senarai penerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini :

  • Penerima STR Kategori isi rumah & warga emas (Miskin / miskin tegar) – RM1,200
  • Penerima STR Kategori bujang (Miskin / miskin tegar) – RM600
  • Penerima STR kategori isi rumah (bukan miskin / miskin tegar) – RM300
  • Penerima STR kategori bujang & warga emas (bukan miskin / miskin tegar) – RM150

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYSARA

Untuk makluman umum, pengkreditan bantuan ini telah mula disalurkan bermula Januari sehingga Disember 2024 bagi kawasan negeri di semenanjung. Manakala negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, bayaran dibayar 2 kali pada tahun ini iaitu pada Februari dan Ogos 2024.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya mereka layak untuk menerima insentif ini kerana bantuan ini tidak memerlukan sebarang permohonan. Kelayakan ditentukan mengikut data STR dan bantuan ini hanya diberikan kepada penerima STR sahaja.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024

Sekiranya anda merupakan sebahagian penerima STR pada tahun ini, semakan status boleh dibuat secara online. Untuk semakan dan butiran lebih terperinci, sila kunjungi laman rasmi – MySARA

Info : Pada bulan Ogos ini pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan mula disalurkan secara berperingkat kepada penerima.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang disediakan sepanjang tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Senarai Penerima Bantuan MySARA RM150, RM300, RM600 & RM1,200 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button