BANTUANJKMKerajaanSARASTR

Senarai Insentif Bantuan Kerajaan Yang Dibayar Ogos Ini

Senarai Insentif Bantuan Kerajaan yang akan dibayar pada bulan Ogos ini kepada rakyat Malaysia melibatkan bayaran sehingga RM1,000. Pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2024,

SENARAI INSENTIF BANTUAN KERAJAAN OGOS INI

Untuk makluman umum, pada bulan Ogos ini kerajaan persekutuan akan menyalurkan beberapa jenis insentif bantuan kewangan kepada penduduk Malaysia. Kategori golongan kelayakan yang terlibat adalah dari miskin, B40 dan M40.

Mereka yang berkelayakan akan menerima bayaran secara berperingkat sepanjang bulan ini. Bantuan akan disalurkan secara terus ke dalam akaun bank dan boleh tebus tunai di cawangan BSN berdekatan bagi penerima tiada kad bank.

Di halaman ini dikongsikan tiga (3) jenis bantuan yang akan dibayar kepada rakyat Malaysia pada bulan ini seperti dibawah.

INSENTIF BANTUAN KEBAJIKAN JKM

Pada awal bulan ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengkreditkan pembayaran bantuan bulanan kepada penerima bantuan JKM. Kadar bantuan yang dibayar adalah bermula daripada RM100 sehingga RM1,000.

Antara bantuan bulanan JKM yang boleh dimohon adalah seperti insentif BKK, BWE, BAP, Geran Pelancaran dan Latihan Perantis. Golongan yang pendapatan bulanan tidak melebihi (PGK) berkelayakan kemukakan permohonan.

BANTUAN KERAJAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan program lanjutan daripada MySTR tahun ini. Sebahagian penerima STR berkelayakan menerima bayaran SARA tanpa perlu kemukakan permohonan.

Pada bulan Ogos ini, bayaran SARA pada kadar RM50 dan RM100 telah dikreditkan secara terus ke dalam Mykad penerima. Untuk semakan status kelayakan boleh dibuat melalui portal mykasih Sara.

INSENTIF BANTUAN KERAJAAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Ramai yang menunggu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah kerana insentif ini melibatkan sekitar 1/3 daripada jumlah penduduk Malaysia. Pengagihan bayaran STR fasa ketiga akan dilakukan pada pertengahan atau penghujung bulan Ogos ini.

Kategori penerima yang terlibat menerima bayaran bantuan tunai ini adalah bujang, isi rumah dan warga emas tiada pasangan. Untuk semakan status bayaran setiap fasa, kalian boleh rujuk pada laman rasmi – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.

The post Senarai Insentif Bantuan Kerajaan Yang Dibayar Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button