BANTUANPakej Rahmah Prabayar Siswa

Bantuan Rahmah Prabayar Siswa : Pakej Tidak Lebih Dari RM30

Bantuan Rahmah Prabayar Siswa : Pakej yang ditawarkan adalah tidak lebih dari RM30 dengan pemulaan data Internet 30GB. Ini merupakan sebuah inisiatif terbaru yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi memberi manfaat kepada golongan belia.

PAKEJ BANTUAN RAHMAH PRABAYAR SISWA

Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi telah mengumumkan pelancaran pakej Rahmah prabayar siswa. Skim ini ditawarkan khusus kepada para pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terpilih.

Pakej Rahmah khas ini ditawarkan pada harga rendah dan berbaloi untuk seorang pelajar iaitu tidak melebihi RM30. Kadar minimum data permulaan adalah 30GB bagi tempoh sah laku selama 180 hari (6 bulan).

Inisiatif pakej ini boleh mula dilanggan pada 16 Ogos 2024 menerusi lima (5) syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Antaranya adalah seperti berikut :

  • CelcomDigi
  • Maxis
  • Umobile
  • TM Tech
  • YTL Communications (YES).

Tujuan utama kerajaan memperkenalkan pakej Rahmah Prabayar Siswa ini adalah bagi membantu menangani masalah kos sara hidup. Dengan adanya pakej ini kerajaan yakin dari meringankan beban khususnya kepada pelajar semasa sesi pengajian dan pembelajaran.

SYARAT LANGGAN PAKEJ RAHMAH PRABAYAR SISWA

Syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dalam pakej Rahmah Siswa ini adalah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan pelajar lepasan menengah
  • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Pelajar Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Pihak Kementerian Komunikasi telah memperkenalkan pakej rahmah ini pada 16 Julai 2024. Kepada golongan pelajar yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk melanggan pakej yang ditawarkan ini.

CARA LANGGAN BANTUAN RAHMAH PRABAYAR

Untuk makluman, sebarang langganan akan dibuka mulai 16 Ogos 2024 secara menyeluruh. Untuk semakan butiran lengkap berkenaan pakej ini, sila layari laman rasmi – Pakej Prabayar Siswa

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandang boleh lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post Bantuan Rahmah Prabayar Siswa : Pakej Tidak Lebih Dari RM30 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button