Bantuan Tunai BSH RM300 Dikreditkan Setiap Bulan
Bantuan Tunai BSH RM300 dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang berkelayakan dan lulus permohonan. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan bulanan ini adalah merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.
PEMBERIAN BANTUAN TUNAI BSH RM300 SEBULAN
Untuk makluman umum, sepanjang tahun ini pelbagai program bantuan telah dilaksanakan bagi mengurangkan beban rakyat terutama golongan sasar. Salah sebuah skim bantuan yang disediakan dan boleh dimohon adalah Bantuan Sara Hidup (BSH).
Kerajaan telah memperkenalkan program pemberian bantuan khas BSH ini yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Pada dasarnya bantuan ini disediakan adalah bagi meringankan beban sara hidup mereka yang memerlukan.
Bayaran kadar bantuan yang dikreditkan kepada pemohon yang layak adalah berjumlah RM300 dan akan dikreditkan secara bulanan sepanjang tahun. Kepada setiap permohonan yang diluluskan akan berkuat kuasa selama 3 tahun dari bulan pertama pembayaran disalurkan.
Selama tempoh tiga (3) tahun pembayaran, penerima akan dinilai semula untuk memastikan sama ada masih layak atau sebaliknya. Bagi tahun ini, permohonan masih dibuka kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan.
KRITERIA / SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BSH
Antara beberapa kriteria syarat khusus kelayakan yang telah ditetapkan dalam program bantuan sara hidup adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Had umur kelayakan yang dipertimbangkan – 60 tahun dan keatas
- Bekas anggota tetap angkatan tentera Malaysia (ATM)
- Bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah yang berkhidmat sepenuh masa
- Bekas tentera British yang berkhidmat di Malaysia /Malaya atau Singapura termasuk Ranger di negeri Sarawak
- Tidak diberhentikan atas kesalahan tartatertib
- Anak yatim piatu wajib berumur 18 tahun kebawah dan dibawah 21 tahun sekiranya masih elajar
- Balu yang telah berkahwin semula tidak berkelayakan
- Mempunyai masalah faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang sebarang aktiviti pekerjaan.
CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP RM300
Bagi mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan bantuan sara hidup boleh dikemukakan sepanjang tahun ini. Borang permohonan dan panduan cara mohon telah disediakan melalui laman rasmi bantuan – BSH (JHEV)
MAKLUMAT LANJUT
Bukan itu sahaja, terdapat lebih banyak program inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.
The post Bantuan Tunai BSH RM300 Dikreditkan Setiap Bulan appeared first on Carianterbaru.