BANTUANBulananJKM

Senarai Bantuan Bulanan JKM : Yang Boleh Dimohon Tahun Ini

Senarai Bantuan Bulanan JKM : Terdapat beberapa program skim inisiatif yang boleh dimohon oleh rakyak pada tahun ini. Pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan di bawah bajet Belanjawan 2024.

SENARAI BANTUAN BULANAN JKM

Kerajaan persekutuan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan bermacam jenis insentif di dalam skim bantuan kebajikan. Kebanyakan program yang ada adalah berbentuk bantuan bulanan.

Kepada rakyat Malaysia yang berkeperluan dan menepati kriteria kelayakan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini. Perlaksanaan program skim bantuan kebajikan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM.

Objektif utama program bantuan kewangan ini disediakan adalah bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan sasar. Dalam skim bantuan kebajikan terdapat bantuan secara sekali bayar dan juga bulanan.

Berikut dikongsikan senarai bantuan bulanan dan kadar bayaran yang ditawarkan oleh JKM seperti dibawah :

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : Sehingga RM1,000 sebulan
  2. Bantuan Warga Emas (BWE) : RM500 sebulan
  3. Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan
  4. Bantuan Am Persekutuan (BA) : Sehingga RM350 sebulan
  5. Bantuan Anak Pelihara (BAP) : Sehingga RM450 sebulan
  6. Elaun pekerja OKU (EPOKU) : RM450 sebulan.

KRITERIA KHUSUS KELAYAKAN BANTUAN BULANAN JKM

Setiap bantuan mempunyai kriteria syarat kelayakan yang berbeza telah ditetapkan oleh JKM. Dibawah adalah syarat asas kelayakan bagi permohonan bantuan kebajikan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Mematuhi syarat tambahan mengikut bantuan yang dimohon.

Nota : Setiap permohonan bantuan dibawah skim bantuan kebajikan masyarakat akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi pengesahan kelayakan bantuan kepada setiap pemohon.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM 2024

Untuk mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan bantuan boleh dibuat sepanjang tahun ini. Panduan lengkap cara mohon dan borang permohonan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – eBantuan JKM 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan masih boleh dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Senarai Bantuan Bulanan JKM : Yang Boleh Dimohon Tahun Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button