BANTUANBINGKASeWallet

Bantuan Bulanan Ewallet RM300 : Kelayakan & Cara Mohon

Bantuan Bulanan Ewallet RM300 : Syarat kelayakan & cara mohon insentif khas ini telah disediakan pada halaman ini. Untuk makluman umum, program bantuan khas edompet ini merupakan salah satu insentif yang dilaksanakan pada tahun 2024.

BANTUAN BULANAN EWALLET RM300

Kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah insentif bulanan yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Menerusi program ini, mereka yang menepati kriteria kelayakan boleh kemukakan permohonan sepanjang tahun 2024.

Kadar bayaran bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM300 dan akan dikreditkan dalam bentuk ewallet/ edompet setiap bulan. Perlaksanaan bantuan ini akan memberi manfaat kepada sekitar 30,000 buah keluarga dari golongan B40 dan M40.

Tujuan utama skim bantuan Bingkas ini diperkenalkan adalah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Amaun yang diterima setiap bulan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300

Bermula 1 Julai 2024, kerajaan telah kemaskini kriteria syarat asas kelayakan bagi permohonan bantuan kehidupan sejahtera seperti :

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya (2) orang tanggungan
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir atau menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor.

MANFAAT BANTUAN BULANAN EWALLET

Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh didapatkan dalam program bantuan Bingkas kehidupan sejahtera seperti :

  1. Had bulanan pemberian bantuan bernilai RM300
  2. Amaun ewallet tersebut boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Urus niaga pembelian secara tanpa tunai (melalui edompet)
  4. Baki nilai bantuan perlu dihabiskan kerana tidak akan dibawa ke bulan berikutnya
  5. Ewallet akan ditambah nilai kepada RM300 setiap bulan secara automatik.

CARA MOHON BANTUAN EWALLET BINGKAS

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini secara dalam talian. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi mengurangankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Bulanan Ewallet RM300 : Kelayakan & Cara Mohon appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button