Akaun FleksibelKWSPPengeluaran Bersyarat

Pengeluaran KWSP Akaun Fleksibel : Perlu Digunakan Sebaiknya

Pengeluaran KWSP Akaun Fleksibel perlu digunakan sebaiknya oleh para pencarum kerana akan melibatkan wang persaraan. Untuk makluman, akaun 3 atau akaun fleksibel akan dilancarkan bermula 11 Mei 2024.

PENGELUARAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL

Seperti yang telah diura-urakan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bakal melaksanaankan satu lagi kemudahan yang berfungsi sebagai akaun fleksibel. Para pencarum KWSP berumur 55 tahun berkelayakan menyertai caruman akaun 3 ini.

Bagi pengetahuan umum, akaun fleksibel adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10 peratus jumlah simpanan ahli KWSP. Peranan akaun ini adalah bertujuan memenuhi keperluan kewangan jangka pendek terutama pada waktu kecemasan.

Simpanan akaun 3 atau akaun fleksibel ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan KWSP. Justeru itu pengeluaran melalui akaun fleksibel ini perlu digunakan dengan sebaiknya pada waktu mendesak sahaja.

TARIKH PERLAKSANAAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Seperti sedia maklum, perlaksanaan penstrukturan tiga (3) akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei ini. Inisiatif baharu dengan pengenalan akaun 1 (Akaun persaraan), akaun 2 (Akaun sejahtera) dan akaun 3 (Akaun fleksibel).

Penstrukturan semula akaun KWSP ini akan terpakai kepada semua pencarum KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia. Ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah layak melibatkan diri bagi kemudahan akaun ketiga nanti.

FUNGSI AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Jangan bimbang, baki akaun 1 dan akaun 2 KWSP akan kekal dalam akaun persaraan dan sejahtera. Kemudahan akaun 3 iaitu akaun fleksibel ini akan bermula dengan kosong (0).

Selepas perlaksanaan, setiap ahli KWSP diberi pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan di dalam akaun sejahtera ke dalam akaun fleksibel. Ahli diberi peluang bermula 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024 untuk menentukan jumlah permulaan akaun 3.

PANDUAN & BUTIRAN LENGKAP STRUKTUR AKAUN KWSP

Kemudahan ini bakal dilancarkan tidak lama lagi dan setiap ahli perlu memahami segala maklumat berkenaan akaun 3 ini. Panduan penuh dan butiran lengkap mengenai penstrukturan semula akaun KWSP ini telah disediakan, untuk semakan sila layari laman rasmi yang telah dikemaskini – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Pengeluaran KWSP Akaun Fleksibel : Perlu Digunakan Sebaiknya appeared first on Carianterbaru.

Back to top button