2 Inisiatif khas kerajaan Negeri Melaka telah diumumkan yang menarik bagi menyambut hari perayaan Aidilfitri tahun 2025. Dengan pendekatan yang mesra, inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban masyarakat dan meningkatkan pengalaman perayaan semua yang terlibat.

1 – Inisiatif Khas Parkir Percuma

Inisiatif pertama adalah penyediaan parkir secara percuma kepada pengunjung dan penduduk. Tempat letak kereta percuma ini akan berlangsung dari 1 Syawal hingga 7 Syawal, meliputi semua kawasan petak parkir di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ini merupakan langkah positif bagi memastikan semua orang dapat menikmati sambutan Aidilfitri tanpa bimbang tentang kos parkir. Dengan adanya inisiatif seperti ini dapat menarik minat orang ramai datang ke Melaka terutama di kawasan bandar.

2 – Pengangkutan untuk Mahasiswa

Inisiatif kedua adalah sumbangan bantuan dengan menyediakan pengangkutan khas kepada mahasiswa kelahiran Negeri Melaka yang ingin pulang untuk beraya. Dengan bantuan ini, diharapkan mahasiswa dapat merasa lebih dekat dengan keluarga mereka, dapat meraikan hari lebaran ini dengan lebih bermakna.

Initiatif ini menunjukkan perhatian kerajaan terhadap keperluan masyarakat dan mahasiswa dari negeri ini. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan manfaat yang disediakan secara percuma ini oleh kerajaan negeri.

2 Inisiatif khas ini telah diumumkan oleh Datuk Seri Utama Ab Rauf selaku Ketua Menteri Melaka pada sidang di Ayer Keroh. Untuk lebih maklumat berkenaan negeri Melaka, sila ke laman rasmi – https://www.melaka.gov.my/ sebagai rujukan umum.

The post 2 Inisiatif Khas Kerajaan Negeri Melaka Sempena Aidilfitri appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: